About Me

My photo
A devoted wife to a great hubby, a loving mother to adorable daughters... Love talking, chatting, cooking, shopping...
Daisypath Vacation Ticker
Lilypie 6th to 18th Ticker
Lilypie 5th Birthday Ticker
Lilypie 1st Birthday Ticker

My Love...

Monday, May 26, 2008

Hari Sukan RTB Pada 24hb Mei 2008

Pepagi dah bangun Shafiqa bersemangat waja nak ke sekolah almaklum lah dia kalu bab2 sukan nie dia memang suka sangat. Pagi tu jam 7.45 kitaorg dah kuar dah..sampai sekolah cikgu buat perhimpunan dan perjumpaan pada yang mengambil bahagian. Pagi tu agak panas lah pukul 8.30 pun matahari dah naik.

Jam 8.15 bermula acara bagi tahun 4, 5 & 6 diikuti tahun 1, 2 dan 3. Pada awal sukan semua nya berjalan dengan lancar. Shafiqa pulak dia masuk 2 acara iaitu acara Lari Pecut 75m dan Lari 4x75m. Lari pecut alhamdullilah dapatlah dia tempat ketiga hehehe amik gamba dengan medal yang dia dapat tue..

Jam dah menunjukkan hampir pukul 10.00 pagi konon2 ada perasmian pada jam nie tak tahu lah YB pun tak sampai2 pun. Acara diteruskan sehingga jam 11.00 pagi baru Nampak bayang YB semua acara dihentikan seketika untuk perasmian oleh YB. Lama juga la berucap disamping perbarisan biasa la dulu2 pun teringat masa perbarisan berjemur tengah panas Pengetua Sekolah lak berucap lama2 macam tak tahu lah panas terik nya matahari..

Selepas upacara perasmian disambung kembali dengan acara yang tergendala sebentar tadi iaitu 4x75m tahun 1, 2 dan 3. Aku punyer lah gembira tahun ni dapat gak Shafiqa masuk lumba lari. Shafiqa memang kuat berlari kaki dia panjang cepat tinggi Shafiqa ni..bile time shafiqa lari je aku bai semangat kat dia supaya lari selaju yang buleh..heheh aku lak yang lebih2…

Alhamdullilah 4x75m Sahfiqa dan member2 dia dapat nombor 1 bagi Tun Abdul Rahman menwakili rumah hijau aku siap buat video lagi tapi yang mula2 jer sbb yang nak habis tu aku terlepas pandang pasal suka sangat tgk dia berlari dengan semangat waja hehehehe..

Selesai semua tiba masa penyampaian hadiah tempat ketiga rumah merah, tempat kedua rumah biru dan tempat pertama rumah kuning…aku dah standby nak amik gamba kat depan pentas sekali rumah hijau tak dapat aku dah nak marah nie..tapi aku biarkan sampai habis penyampaian hadiah tu samapilah tahun 6..sah memang takde untuk rumah hijau yang anak aku patut menang dengan member2 dia tadi..aku tak puas hati aku terus berjumapa dengan cikgu yang mengambil nombor pemenang2 yang dapat masa ari tadi..

ZZ : Maafkan saya cikgu, saya nak tanye sikit saya rasa pass baten tuk tahun 2 (p) tadi salah buleh cikgu tolong check kan?

Cikgu : Hah ye ke..rasa tadi betul..

ZZ : Anak saya rumah hijau patut dapat nombor satu..tapi kenapa diorang tak dapat medal tue..anak saya yang tunjukkan kad nombor satu tadi. Aku pun tanye Shafiqa pada sape dia bagi kad tue

Shafiqa : Kakak bagi pada cikgu ni..(sambil menunjukkan pada cikgu yang duduk disebelahnya)

Cikgu2 : Haah ye memang saya Nampak dia pegang kad nombor 1 tu..saya ingat dah rekod dalam kertas…

ZZ : So? Sekarang camner..

Cikgu3 : Nape ni?

ZZ : (aku apa lagi cerita balik insiden yang berlaku dari A-Z)

Cikgu3 : Yelah memang tertukar ni..ermm kene mintak balik medal pada semua tadi yang amik patut hijau pertama, kuning kedua dan biru yang ketiga

ZZ : Habis camner ni cikgu saya beria dah nak amik gamba anak saya tadi..macam mana bule jadi macam ni..kalu saya tak tgk result tu kira betul lah…so cikgu nak buat apa skg nie

Cikgu3 : Takpe lah macam ni saya akan cuba minak balik medal pada sesiapa yang dapat tadi dan akan berikan pada Shafiqa dan kengkawan dia, tapi lepas cuti sekolah lah yer..

ZZ : Erm nak buat macam mana nak tak nak kene tggu jugak kan..xpelah cikgu terima kasih..

Aku cukup nak marah aritu dah lah berpanas tapi masa cikgu tu tolong carikan balik medal2 tu tapi tak dapat semua sbb masing2 dah berlari ke sana kemaari…aku cam tak percaya bende kecik macam ni cikgu2 tu bule terlepas pandang..erm aku pun tak tahu lah..geram pun ada…aku bukan apa diorang lari penat2 orang lain lak yang dapat tu yang aku tak puas hati tu..walaupun kecik acara tu tapi kenapa buleh jadi macam nie…tulah cikgu2 sekarang ni…

Lepas habis jer dok cari medal tadi aku pun terus balik sebab lepas ni kitaorg nak gi Desa Water Park laks…heheh jam 12.30 gerak gi sana..sampai jer terus lunch..biasa lah Shafiqa ngan Syira teruja nak mandi sampai tak mo balik…ermm tulah penat melayan anak2 ni kalu cuti…tapi kalu diorang takde pun sunyi gak…heheheheh




Rumah hijau - Tun Abd Rahman



Sesi Makan lepas Lari Pecut (75m)



Dihadapan Khemah Tun Abd Rahman





Bergambar bersama Medal tuk lari pecut




Medal Tempat ke3




Bersama kengkawan




Berbincang untuk persiapan




Shafiqa & Member






2 comments:

ila de cute said...

ishh kalau ila pun marah..iye le sian bebudak...hampeh punya cikgu

shafa said...

Ini yang blh membuatkan anak2 patah semangat....benda mcm nie kena prihatin la oooiiii cikgu...Kena anak cikgu sendiri baru kecoh kan...?