About Me

My photo
A devoted wife to a great hubby, a loving mother to adorable daughters... Love talking, chatting, cooking, shopping...
Daisypath Vacation Ticker
Lilypie 6th to 18th Ticker
Lilypie 5th Birthday Ticker
Lilypie 1st Birthday Ticker

My Love...

Tuesday, June 9, 2009

Alhamdullilah....

Alhamdullilah..semlm cal spital putrajaya iman dah ok..urine dia takde kuman dah..so tak payah nak makan ubat tu lagi..sesangat la hepi bile dgr...syukur sangat..

Sekarang iman pun dah 2 bulan lebih..kakak2 dia semua sayang sangat kat iman..suke tengok dorang makin membesar..

Cume aku tak tahu apa perasan aku sekarang ni..sedih, gembira, terluka, atau ...aku sendiri tak dapat nak merasakan apa yang aku rasa sekarang nie..kecewa..memang ada sedikit kekecewaan arr..dah la sekarang ni keje di KL pepagi dah keluar..petang dalam kul 7 baru sampai rumah..sampai rumah tgk anak2..kekdg memang rasa penat sangat..tapi apa nak buat nak cari rezeki kan ..kalu tak keje takde duit..ermm tapi aku tetap bersyukur sebab masih ada keje tuk aku buat ..

Aku cume berdoa moga Allah tabahkan hati aku ni untuk menempuh segala ujian dan dugaan. Kekadang aku menangis sendiri..pada siapa aku nak mengadu..pada siapa aku nak luahkan apa yang ada dalam hati aku ini..memang kekdg ianya terpendam didalam hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Mungkin aku tidak patut untuk merungut..aku bukan merungut cume aku inginkan sedikit kasih sayang dan belaian dari orang yang aku sayang..mungkin sekarang ini aku terlalu sensitif..sensitif pada perkara2 yang tak sepatutnya aku terlalu mengambil hati..

Ya Allah Kau tabahkan hatiku ini..Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala ujian dan dugaan Mu ini..hanya pada Kau aku berserah..Amin