About Me

My photo
A devoted wife to a great hubby, a loving mother to adorable daughters... Love talking, chatting, cooking, shopping...
Daisypath Vacation Ticker
Lilypie 6th to 18th Ticker
Lilypie 5th Birthday Ticker
Lilypie 1st Birthday Ticker

My Love...

Monday, May 26, 2008

Hari Sukan RTB Pada 24hb Mei 2008

Pepagi dah bangun Shafiqa bersemangat waja nak ke sekolah almaklum lah dia kalu bab2 sukan nie dia memang suka sangat. Pagi tu jam 7.45 kitaorg dah kuar dah..sampai sekolah cikgu buat perhimpunan dan perjumpaan pada yang mengambil bahagian. Pagi tu agak panas lah pukul 8.30 pun matahari dah naik.

Jam 8.15 bermula acara bagi tahun 4, 5 & 6 diikuti tahun 1, 2 dan 3. Pada awal sukan semua nya berjalan dengan lancar. Shafiqa pulak dia masuk 2 acara iaitu acara Lari Pecut 75m dan Lari 4x75m. Lari pecut alhamdullilah dapatlah dia tempat ketiga hehehe amik gamba dengan medal yang dia dapat tue..

Jam dah menunjukkan hampir pukul 10.00 pagi konon2 ada perasmian pada jam nie tak tahu lah YB pun tak sampai2 pun. Acara diteruskan sehingga jam 11.00 pagi baru Nampak bayang YB semua acara dihentikan seketika untuk perasmian oleh YB. Lama juga la berucap disamping perbarisan biasa la dulu2 pun teringat masa perbarisan berjemur tengah panas Pengetua Sekolah lak berucap lama2 macam tak tahu lah panas terik nya matahari..

Selepas upacara perasmian disambung kembali dengan acara yang tergendala sebentar tadi iaitu 4x75m tahun 1, 2 dan 3. Aku punyer lah gembira tahun ni dapat gak Shafiqa masuk lumba lari. Shafiqa memang kuat berlari kaki dia panjang cepat tinggi Shafiqa ni..bile time shafiqa lari je aku bai semangat kat dia supaya lari selaju yang buleh..heheh aku lak yang lebih2…

Alhamdullilah 4x75m Sahfiqa dan member2 dia dapat nombor 1 bagi Tun Abdul Rahman menwakili rumah hijau aku siap buat video lagi tapi yang mula2 jer sbb yang nak habis tu aku terlepas pandang pasal suka sangat tgk dia berlari dengan semangat waja hehehehe..

Selesai semua tiba masa penyampaian hadiah tempat ketiga rumah merah, tempat kedua rumah biru dan tempat pertama rumah kuning…aku dah standby nak amik gamba kat depan pentas sekali rumah hijau tak dapat aku dah nak marah nie..tapi aku biarkan sampai habis penyampaian hadiah tu samapilah tahun 6..sah memang takde untuk rumah hijau yang anak aku patut menang dengan member2 dia tadi..aku tak puas hati aku terus berjumapa dengan cikgu yang mengambil nombor pemenang2 yang dapat masa ari tadi..

ZZ : Maafkan saya cikgu, saya nak tanye sikit saya rasa pass baten tuk tahun 2 (p) tadi salah buleh cikgu tolong check kan?

Cikgu : Hah ye ke..rasa tadi betul..

ZZ : Anak saya rumah hijau patut dapat nombor satu..tapi kenapa diorang tak dapat medal tue..anak saya yang tunjukkan kad nombor satu tadi. Aku pun tanye Shafiqa pada sape dia bagi kad tue

Shafiqa : Kakak bagi pada cikgu ni..(sambil menunjukkan pada cikgu yang duduk disebelahnya)

Cikgu2 : Haah ye memang saya Nampak dia pegang kad nombor 1 tu..saya ingat dah rekod dalam kertas…

ZZ : So? Sekarang camner..

Cikgu3 : Nape ni?

ZZ : (aku apa lagi cerita balik insiden yang berlaku dari A-Z)

Cikgu3 : Yelah memang tertukar ni..ermm kene mintak balik medal pada semua tadi yang amik patut hijau pertama, kuning kedua dan biru yang ketiga

ZZ : Habis camner ni cikgu saya beria dah nak amik gamba anak saya tadi..macam mana bule jadi macam ni..kalu saya tak tgk result tu kira betul lah…so cikgu nak buat apa skg nie

Cikgu3 : Takpe lah macam ni saya akan cuba minak balik medal pada sesiapa yang dapat tadi dan akan berikan pada Shafiqa dan kengkawan dia, tapi lepas cuti sekolah lah yer..

ZZ : Erm nak buat macam mana nak tak nak kene tggu jugak kan..xpelah cikgu terima kasih..

Aku cukup nak marah aritu dah lah berpanas tapi masa cikgu tu tolong carikan balik medal2 tu tapi tak dapat semua sbb masing2 dah berlari ke sana kemaari…aku cam tak percaya bende kecik macam ni cikgu2 tu bule terlepas pandang..erm aku pun tak tahu lah..geram pun ada…aku bukan apa diorang lari penat2 orang lain lak yang dapat tu yang aku tak puas hati tu..walaupun kecik acara tu tapi kenapa buleh jadi macam nie…tulah cikgu2 sekarang ni…

Lepas habis jer dok cari medal tadi aku pun terus balik sebab lepas ni kitaorg nak gi Desa Water Park laks…heheh jam 12.30 gerak gi sana..sampai jer terus lunch..biasa lah Shafiqa ngan Syira teruja nak mandi sampai tak mo balik…ermm tulah penat melayan anak2 ni kalu cuti…tapi kalu diorang takde pun sunyi gak…heheheheh




Rumah hijau - Tun Abd Rahman



Sesi Makan lepas Lari Pecut (75m)



Dihadapan Khemah Tun Abd Rahman





Bergambar bersama Medal tuk lari pecut




Medal Tempat ke3




Bersama kengkawan




Berbincang untuk persiapan




Shafiqa & Member






Wednesday, May 21, 2008

Buah Hatiku...

Kau Ilhamku..

Beribu bintang dilangitKini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu munculDalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu Kau senyumlah oh...
Sekadar memori Kita di arena iniKau ilhamkuKau ilhamku...





Hati Terluka

Dah lama tak update blog..bukan takde masa cuma tak tahu nak tulis apa. Now kat opis free time ni cuba lah tulis apa2 yang terlintas di kepala nie..ada cerita gak nak tulis tapi tak tahu nak mula camane biasalah bukan reti pun nak mengarang2 nie..dulu kalu buat karangan sure tak lepas 160 patah perkataan sebab tak tahu nak tulis apa..

Lately ni hati aku ni mudah sangat terluka tak tahu lah nape..dulu ok gak kalu kawan2 bergurau senda aku tak kisah pun mmg dah biasa kene..tapi tak tahu lah hati ni kekdg tak paham gak kadg ok kadg tak ok camtu lah..kene byk2 sabar jelah tapi sabar pun ada hadnya kadang kalu tak sabar mahu nak menangis..tapi nak buat camne kene terima jugaklah dengan hati yang terbuka..baru-baru ni aku ikuti kisah Oshin memang tabah hati dan kuat semangat Oshin ni..zaman dulu mungkin dorang kene byk bersabar dan kene tabah dalam menghadapi apa segala cabaran dan cubaan tapi kalu aku lah ditempat dia tak tahu lah apa akan jadi sebab kekadang bende2 kecik pun aku bule menangis bak kata kengkawan aku kan "Bluezone" kedg bule ketawa tetiba pastu bule menangis cuba bayangkan..entah mungkin dah memang semulajadi kut..heheheh

Sesungguh apa jua yang aku lalui Tuhan saja yang tahu..hanya aku sebagai Hamba nya pasrah dengan apa jua ujian dan cubaan yang diberikanNya..Minggu depan dah cuti sekolah lega lah sket tak yah nak kelam kabut nak siap2 anak..bulehlah relax sket..2 minggu cuti rasa lega sket..taklah sampai awal sangat ke opis..tu baru 2 orang entah camner kalu lepas nie kene tambah anak lagi..lagi kelam kabut ler..nasib baik ada zahari dapatlah dia siapkan si kecik tu kalu tak ermmm dah lah susah nak bangun pagi sekarang ni siap bile bangun mesti nak menangis aku pun tak tahu lah nape..kengkawan ckp dia nak adik kut..hehehe bukan tak nak mengandung lagi tapi rasa sakit bersalin dulu tak habis lagi mmg la zahari ckp kalu kite bersalin bermakna kite telah membuang dosa-dosa kecil kite..tapi yang sakit nya aku..bukan dia tahu pun sakit camner....

Bile jadi ibu baru tahu bagaimana pergorbanan ibu kite dulu..aku memang selalu rindukan mak..mak pergi masa aku sudah berkahwin 3 bulan bayangkan aku sungguh terharu rupanya tahun yang sama mak pergi meninggalkan kami adik beradik.sedih sungguh lagipun masa tu baru mengandung anak sulung 2 bulan masih blur2 masa tu ..tetiba dapat panggilan mak dah meninggal macam tak percaya..tapi itulah hakikat nya..masih ingat lah mak lah orang paling rapat sekali apa2 semua mintak kat mak ..tapi skg bile mak takde kekdg sedih gak takde tempat dah nak mengadu..bile gaduh ngan azahari tak tahu nak mengadu kat sape kalu dulu mak selalu bagi nasihat supaya byk2 bersabar kini bile mak takde sedih dah 9 tahun rupanya awah mak..terlalu rindu teramat sangat..

MAK INTAN DOAKAN SEMOGA ROH MAK SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN YANG DIRAHMATI ALLAH..INTAN SENTIASA INGAT KAT MAK..KITE AKAN BERJUMPA DISANA..INSYAALLAH..INGATLAH INTAN TERAMAT SAYANG KAT MAK..SAYANG MAK...

Aku selalu ingatkan kengkawan jagalah mak selagi nyawa dikandung badan..maklah segala-galanya tiada ganti..byk dah cerita2 yang kuar tv mengenai mak2 kite dan balasan pada anak2 yang derhaka..sungguh tak sangka pada zaman sekarang ini masih ada lagi anak yang jenis tidak kenang budi sanggup membiarkan ibu2 mereka terluka..ingatlah syurga itu teletak ditelapak kaki ibu..jangan lah dipersia2 kan mereka..

Now abah jelah yang ada..abah kurang sihat baru2 ni biasalah orang tua macam2 sakit nye..tapi gi klinik doktor ckp asma..tapi dah makan ubat dan masukkan gas baru ok..hehehe harap2 abah akan cepat baik..abah sekarang dok ngan kakak kat bukit jalil ari tu dah duduk umah dapat lah 3 hari aritu kakak amik ermm nasib baik lah abang ipar ada..mmg baiklah dapat abg ipar camtu..sanggup bwk abah gi klinik jaga abah masa abah kurang sihat..aku mmg terasa terhutang budi pada abang ipar ku itu...

Cukuplah setakat ini dulu, nanti ada masa akan cuba tulis lebih banyak lagi..


Umi... ku tahu engkau deritaHidup... dalam duka sengsaraNamun... diiringi doaAgar kau bahagiaUmi... ku sunting kuntum melatiHarum... sewangi kasih suciUmi... ku bawa penawarHapuskan derita. Apalah ertinya kehadiran ku di sisimuAndai ku tak daya membuat kau gembiraUmi... ku petik bintang bintangMenyinar... cahaya hidup muUmi... dekatlah wajahkuYang selalu rindu Ku tak relakan kau mederita selamanyaBiarlah aku yang menanggung derita muOhhh...Umi... ku ingin kau menyaksikanSinar... yang ku cipta untuk muUmi... berikan senyumanAgar kau bahgiaUmi... Umi cinta padamu....